06 February 2014

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2014 SIRI 1

Khamis,6 Feb 2014, Satu program yang dinamakan Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa Bersama Guru-guru UPSR SK Kg Bharu Tok Dor telah dilaksanakan pada hari ini.Program ini diadakan bagi memberi input kepada ibu bapa murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada tahun ini.

Pada program ini juga,mereka diedarkan keputusan ujian BK 1 yang telah dijalankan baru-baru ini.Diharapkan dengan keputusan yang mereka perolehi akan menyedarkan ibu bapa yang hadir bagi menyuntik semangat ingin berjaya kepada  anak-anak mereka.Sesungguhnya keputusan yang diperolehi pada hari ini bukanlah menggambarkan keputusan sebenar yang akan mereka dapat kelak,bahkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid agar belajar dengan lebih tekun lagi bagi mencapai keputusan yang cemerlang.

Turut hadir pada program yang dijalankan ini ialah En.Suhaimi Mohamad (PPD Besut) yang juga merupakan Pegawai Perhubungan bagi SKKBTB.Syabas dan Selamat Maju Jaya!


 

No comments:

Post a Comment