22 November 2011

Tahniah Untuk Semua Warga SKKBTD!

Alhamdulillah...SKKBTD dapat menghasilkan keputusan UPSR yang amat membanggakan buat kali keduanya pada tahun ini.Terima Kasih semua....

25 October 2011

Kejohanan Olahraga dan Sukaneka SKKBTD Kali ke-16,2011


Selasa,25 Oktober- Dalam cuaca yang mendung,tanpa hujan.Walaupun keadaan di sekeliling gelap menandakan hujan akan turun bila-bila masa saja. Alhamdulillah,kejohanan ini berjaya juga mencapai matlamatnya.
    Berakhirnya kejohanan ini memberikan kelegaan kepada semua pihak yang terlibat.Apatah lagi dengan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan sejak beberapa hari lepas.
    Akhirnya, walaupun dalam keadaan serba kekurangan, kami berjaya juga menjayakan kejohanan dwitahunan ini hasil kerjasama semua pihak terutamanya PPD Besut dan PIBG yang dipengerusikan oleh En.Mat Hassan bin Dollah merangkap Ketua Kampung,Kampung Bharu Tok Dor. Diharapkan kejohanan seumpama ini dapat memberi impak yang amat besar kepada murid-murid SKKBTD dalam menjayakan program 1 Murid 1 Sukan serta melengkapkan slogan :Sukan Memupuk Pemuafakatan"kepada masyarakat setempat.
    Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan kejohanan  pada kali ini.

21 September 2011

Selamat Berkhidmat Di Sekolah baru...Cikgu Junaidi

CIKGU JUNAIDI BIN JUSOH


Cikgu Junaidi Jusoh,satu nama yang tidak asing di kalangan warga Sekolah Kebangsaan kampung Bharu Tok Dor.Beliau telah memulakan perkhimatan sebagai seorang guru di sekolah ini. 
       Setelah hampir 18 tahun berkhidmat di sini,akhirnya beliau meneruskan tugasnya sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di Sekolah Kebangsaan Beting Lintang bermula 18 September 2011.

         Kerusi beliau akan diambil alih oleh Pn.Nurul Huda bt Mohd Yusof yang sebelum ini bertugas sebagai PTP1 di PKG Raja.

         Selamat bertugas di sekolah baru..Cikgu Junaidi..semoga ianya menjadi lebih sukses lagi !

Karnival Ragbi 5 Sepasukan Bawah 11 Tahun

21 September 2011-Karnival Ragbi 5 Sepasukan Bawah 11 tahun MSSD Besut 2011 telah  berlangsung di sini pada hari ni.Walaupun hanya 4 pasukan yang menghantar penyertaan,namun dengan semangat kesukanan pada setiap pemain,ianya tetap meriah.

       Keputusan pertandingan telah memihak kepada pasukan dari SK Kg Bharu Tok Dor.Naib Johan pula ialah SK Bukit Tempurung dan Tempat Ketiga ialah SK Alor Lintah.Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En.Mohd Sukeri,Guru Besar SK Kg Bharu Tok Dor
Cikgu Shamsul Bahari selaku jurulatih dan pengurus pasukan sedang memberi taklimat kepada pemain


Wajah ceria dari pasukan yang menjadi johan

4 Pasukan yang bertanding terdiri dari SK Kg La,SK Alor Lintah,SK Bukit Tempurung dan SK Kg Bharu Tok Dor
 

05 July 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

   Tarikh   : 2 Julai 2011
Masa    : 7.45 Pagi
                Tempat   : Dataran Perhimpunan
                              SK Kg Bharu Tok Dor

Majlis Sambutan Israk Mikraj

Majlis Sambutan Israk Mikraj telah diadakan pada 29 Jun bersamaan 27 Rejab 1432H. Antara pengisianya ialah Ceramah dan Solat berjemaah. Ustaz Hamzah dari Yayasan Islam Terengganu sudi hadir untuk meyampaikan ceramah mengenai peristiwa Israk Mikraj.Turut hadir di majlis tersebut adalah Imam Masjid Kampung Bharu Tok Dor beserta beberapa orang Ajk masjid di samping guru-guru SKKBTD.
Majlis yang  diadakan di Masjid  Kg Bharu Tok Dor itu diakhiri dengan solat zohor berjemaah.


Ustaz Hamzah sedang menyampain ceramah


14 April 2011

Pertandingan Bola Baling Zon Jabi


14 April 2011, SKKBTD sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah Pertandingan Bola Baling Sekolah-Sekolah Zon Jabi Tahun 2011.Pada tahun ini sebanyak 24 pasukan yang terdiri dari 12 buah sekolah telah bertanding.

Kemeriahan pertandingan yang diadakan selama 2 hari ini amat terasa,apatah lagi perlawanan berlanjutan hingga ke waktu senja. Masing-masing menanti dengan penuh debaran,terutamanya pengurus pasukan dan juga jurulatih.

Keputusan pertandingan bagi Kategori Lelaki,dimenangi oleh SK Kuala Kubang sementara  Johan Kategori Perempuan pula dimenangi oleh SK Kerandang.Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan pertandingan pada kali ini terutamanya para pengadil yang bertungkus lumus memastikan pertandingan ini berjalan dengan lancar.

JOHAN-SK KUALA KUBANG




JOHAN-SK KERANDANG



10 April 2011

Karnival Bahasa Melayu Sekolah-Sekolah Zon Jabi

Peserta Pidato dari SK Kg Bharu Tok Dor

3 April - SKKBTD kali ini telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Karnival Bahasa Melayu Peringkat Sekolah-Sekolah Zon Jabi. Tiga acara telah dipertandingkan iaitu Bercerita Tahap 1 dan Tahap 2 serta Pidato.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En.Abd Razak Rashid,Pengerusi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Zon Jabi. 
Pengerusi Zon Jabi merangkap Guru Besar SK Bukit Jerok,En.Abd Razak sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang

PERTANDINGAN BOLA SEPAK ZON JABI 2011

Permainan diteruskan dalam suasana hujan lebat dan padang ditakungi air

31 Mac- Pertandingan bola sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Zon Jabi kembali lagi.SK Kg Bharu Tok Dor juga mencuba nasib dalam pertandingan kali ini. Walaubagaimapun nasib tidak menyebelahi sekolah kami.Pasukan SKKBTD hanya mampu mengharungi perlawanan suku akhir sahaja setelah menang sekali dan kalah sekali pada peringkat kumpulan.Namun pujian patut juga diberikan kepada pemain-pemain kerana bertungkus lumus bertarung dalam hujan lebat .Cuba lagi tahun hadapan.

10 March 2011

Lawatan Penanda Aras PPD Dungun & Majlis Guru Besar Daerah Dungun



9 Mac, Satu rombongan yang terdiri dari 45 orang Guru Besar serta wakil  dari Daerah Dungun dan 3 orang Pegawai Pelajaran Daerah Dungun telah mengadakan lawatan ke SK Kg Bharu Tok Dor.
     Rombongan tersebut yang tiba jam 11.30 pagi telah disambut oleh Tuan Guru Besar,En.Mohd Sukeri Abdullah  serta semua warga SKKBTD.
   Dalam ucapan alu-aluannya, Tuan Guru Besar melahirkan rasa terima kasih kerana kesudian guru-guru besar dan PPD Dungun hadir kesekolah yang serba kekurangan ini.Hasil perkongsian maklumat diharap dapat manfaat yang berguna kepada semua ahli ombongan.Terima kasih,semua!
Guru Besar SK Kg Bharu Tok Dor sedang menyampaikan ucapan alu-aluan.
Pegawai Pelajaran Daerah Dungun sedang memberi ucapan.
 

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H

3 Mac, Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Kampung Bharu Tok Dor. Selain perarakan, acara lain yang diadakan ialah pertandingan mewarna, azan, melukis poster serta ceramah yag disampaikan oleh Pegawai Yayasan Islam Terengganu.
     Walaupun acara diadakan secara sederhaha tetapi pengisiannya diharapkan dapat memberi kesedaran kepada murid mengenai perjuangan Rasulullah s.a.w.
Murid-murid berkumpul sebelum memulakan perarakan
Antara guru-guru yang mengambil bahagian dalam Sambutan Maulidur Rasul

24 February 2011

KENDURI KESYUKURAN DAN MESYUARAT AGUNG PIBG SKKBT KALI KE 31

Khamis,24 Feb- Pada hari ni diadakan Majlis Kesyukuran bagi kecemerlangan UPSR2010 dan Mesyuarat Agung PIBG SKKBTD kali ke-31. YB Tn.Hj Ramlan ,ADUN Jabi telah sudi merasmikan majlis tersebut. Turut hadir sama ialah beberapa orang Pegawai Yayasan Terengganu serta wakil Pegawai Pelajaran Daerah Besut.

Majlis diserikan dengan pertunjukan silat yang diketuai oleh En.Bedul dari Kampung Pengkalan Kubur,Tembila. Majlis juga tidak akan meriah tanpa Cabutan Bertuah.Oleh itu sebanyak 52 hadiah disediakan untuk cabutan sempena mesyuarat tersebut.

Sambutan dari ibubapa pada tahun ini amatlah menggalakkan dimana dianggarkan lebih dari 150 orang telah hadir.



                             *****************************************************

17 February 2011

Majlis Temu Murni dan Penyerahan Anak Angkat



17 Feb,Khamis- Majlis Temu Murni Ibu bapa murid Tahun 6 SKKBTD telah diadakan di Bilik Gerakan pada hari ini. Majlis itu juga merupakan majlis "letak kerja" bagi program UPSR 2011.Sambutan dari ibubapa amatlah menggalakkan. Ramai ibubapa yang hadir walaupun terpaksa meninggalkan kerja masing-masing demi bersama-sama memastikan kejayaan anak-anak mereka. Kemuncak majlis tersebut, diadakan penyerahan anak angkat kepada ibubapa angkat masing-masing yang terdiri dari semua guru SKKBTD termasuk guru besar.

13 February 2011

Pelancaran Nur Ilmu dan NILAM


Ahad,13 Februari- SKKBTD telah melancarkan secara serentak Program Nur Ilmu dan projek NILAM bagi Tahun 2011.Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar,En.Mohd Sukeri Abdullah.

Antara lain,program tersebut diadakan bagi menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan disamping menghargai dan menghayati nilai-nilai murni yang terdapat dalam teks.

Adalah diharapkan,program seumpama ini dapat melahirkan murid yang cemerlang dalam akademik dan juga ko-akademik.

"Sesungguhnya ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"....Abdullah Ibnu Abbas

11 February 2011

Larian Cergas SKKBTD 2011

1 Feb.2011-SK Kg Bharu Tok Dor telah mengadakan aktiviti Larian Cergas yang disertai oleh murid-murid dari kelas Prasekolah hingga murid Tahun 6. Sebanyak 70 hadiah disediakan kepada murid yang dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu A (murid tahaun 5 & 6), B (Th 3 & 4), C (th 1 & 2) serta murid Prasekolah.




Sebelum larian dimulakan,murid-murid terlebih dahulu mengikuti aktiviti senamrobik yang dipimpin oleh Ckgu Normi.Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar,En.Mohd Sukeri Abdullah.