23 June 2012

Jasamu dikenang...



Cikgu Mohd Hazudin Awang,GPK Pentadbiran SKKBTD akan meninggalkan SK Kg Bharu Tok Dor dan akan memulakan tugas di sekolah baru beliau iaitu SK Tok Dor bermula 1 Julai 2012.Beliau mula berkhidmat di SKKBTD sebagai GPK Pentadbiran pada 1Jan 2010 setelah bertukar dari SK Kuala Kubang.

Beliau juga berpengalaman bagai guru UPSR bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bermula dari SK Kuala Kubang dan berjaya menaikkan nama sekolah dengan beberapa pencapaian terbaik dalam mata pelajaran berkenaan. Semoga beliau dapat meneruskan khidmat yang lebih cemerlang lagi di sekolah baru.Tahniah! Semoga sentiasa sukses.

Perkhemahan Unit Beruniform SKKBTD 2012




23 Jun,Sabtu - Unit Kokurikulum SK Kg Bharu Tok Dor sekali lagi berjaya mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform tahun 2012. Perkhemahan yang disertai  murid seramai 54 orang iaitu dari Pertubuhan Pengakap dan Puteri Islam mendapat sambutan dari murid .

Penyertaan yang dibuka kepada murid Tahap 2 bukan sahaja mendapat kerjasama dari guru-guru dan kakitangan sekolah bahkan juga ibu bapa murid. Perkhemahan yang diadakan dua tahun sekali ini telah diadakan di padang sekolah dengan objektif mencugkil bakat kepimpipinan dan kerjasama murid melalui aktiviti yang diadakan seperti mendirikan khemah,pertolongan cemas, apresiasi seni,memasak serta kawad kaki.

Majlis penutup perkhemahan selama 3 hari iaitu bermula 21 Jun hingga 23 Jun telah disempurnakan oleh En.Mohd Hazudin Awang ,GPK Pentadbiran SKKBTD. Unit Kokurikulum SKKBTD mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru,kakitangan dan semua pihak yang terlibat siang dan malam bagi menjayakan perkhemahan ini.

22 April 2012

Kejohanan ragbi MSSDB 2012




Zon Jabi sekali lagi menjadi Johan dalam Kejohanan Ragbi MSSD Besut yang diadakan di SK Kg Bharu Tok Dor.Wakil Zon Jabi terdiri dari murid SK Kg Bharu Tok Dor,SK Kerandang,SK Bukit Jerok dan SK Felda Selasih.


 

21 April 2012

Bukit Bintang Eco Challenge 2012


5 daripada 10 hadiah yang dipertandingkan (Tempat Pertama hingga Ke 5)

Salah seorang pemenang dari SKKBTD sedang menerima hadiah dari En.Mustafa,wakil PPD Besut

Puncak Bukit Bintang melebihi 1000 kaki dengan jarak 4.8 Km.

16 April 2012

Kejohanan Ragbi Zon Jabi 2012

Johan Ragbi Zon Jabi 2012,SKKBTD bersama jurulatih,Cg.Anuar dan Cg.Shamsul Bahari
16 April-SKKBTD terus unggul dalam ragbi.Ini terbukti melalui Kejohanan Peringkat Zon Jabi,Besut yang diadakan pada hari ini,SKKBTD sekali lagi telah menjadi Johan. Tahniah kepada Cikgu Shamsul Bahari dan Cikgu Anuar yang telah bertungkus lumus melatih pasukan ragbi sekolah hingga berjaya.Kemungkinan juga beberapa orang murid akan terpilih ke peringkat negeri nanti.Diharapkan Zon Jabi akan menjadi Johan di Peringkat Daerah yang akan tidak lama lagi.




30 March 2012

Peristiwa Sepanjang Bulan Mac



1 Mac-Kejohanan Sepaktakraw Zon Jabi di SK Anak Ikan                      



                                                                                                                               
 19-22 Mac,Kejohanan Padang dan Balapan MSSDB di SMK Nasiruddin Shah,
(Keputusan 1 Emas (Lompat Tinggi, P 12)-Nur Amalina bt Ayub, Th 6)  



26-27 Mac-Kejohanan Bola Baling Zon Jabi bertempat di SK Kerandang



Keputusan- Lelaki (JOHAN)-PerlawananAkhir bertemu dengan SK Bukit Jerok (8-5)









     




Majlis Kesyukuran dan Mesyuarat Agung PIBG SKKBTD kali Ke-32,2012
Perasmian Oleh :YB.Tn.Hj Ramlan Bin Ali ,ADUN Jabi


29 Mac-Majlis Kesyukuran dan Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-32

YB Tn.Hj.Ramlan Ali ADUN Jabi

Turut hadir,En.Suhaimi (wakil PPD Besut,berbaju biru muda) dan En.Mustafa (Yayasan Terengganu)

24 February 2012

Peristiwa Dalam Seminggu

Ahad-19 Feb.2012
Majlis Pelancaran Program Nur Ilmu dan NILAM-disempurnakan oleh Tuan Guru Besar

Isnin-20 Feb 2012
Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Ko Akademik Zon Jabi.SKKBTP selaku Pengerusi bagi aktiviti Ko Akademik Zon Jabi.

Selasa-21 Feb.2012
Taklimat bersama warga SKKBTD bagi melaksanakan Program Pemuafakatan Bersama Ibu Bapa Murid Tahun 6 dan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Zon Jabi

Rabu-22 Feb. 2012

Majlis Pemuafakatan Bersama Ibu Bapa Murid Tahun 6


Khamis-23 Feb.2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Zon Jabi


2. Lawatan Pemantauan SKK oleh Pn.Hjh Norlaila(PPD Besut)



3. Perlawanan pertama Kejohanan Bola Sepak Zon Jabi antara SKKBTD dan SK Jabi
4. Majlis Sembahyang Hajat Letak  Kerja UPSR 2012 di Masjid Kg.Bharu Tok Dor

15 February 2012

MAJLIS PELANCARAN LETAK KERJA MELESTARIKAN KECEMERLANGAN UPSR 2012 DAN PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN UPSR BESUT 2011





Tempat         : Demong Beach Resort,Bukit Keluang, Besut,Terengganu
Tarikh           : 16 Februari 2012 (Khamis)
Masa            : 10 Pagi
Anjuran        :  Pejabat Pelajaran Daerah Besut & UMNO Bahagian Besut
Anugerah Yang Diterima   :
                     1.  Terbaik UPSR Berdasarkan GPS (Pasukan UPSR 2011 Terbaik)
                     2. Peningkatan Dalam 5A (2009-2011)
                     3. % A Terbaik Mata Pelajaran (Guru Terbaik) -Matematik, BM Pemahaman, BM Penulisan dan Bahasa Inggeris

14 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Suasana Sambutan Maulidur Rasul SKKBTD

 Selasa , 14 Februari- Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di peringkat sekolah pada pagi ini. Perarakan yang bermula dari medan perhimpunan sekolah hingga ke Masjid Kampung Bharu Tok Dor turut disertai AJK Masjid dan beberapa orag penduduk setempat.
     Ustaz Wan Mohd Hasbi Wan Jusoh dari JPNT telah dijemput sebagai penceramah undangan. Majlis telah berakhir pada jam 1.00 tengahari.

08 February 2012

Anugerah Apresiasi Kecemerlangan UPSR 2011 Oleh Menteri Besar Terengganu



Rabu,8 Februari-Dalam usaha menghargai dan mengiktiraf pendidikan Negeri Terengganu, Anugerah Apresiasi Menteri Besar Terengganu telah diadakan pada hari ini di Wisma Darul Iman. Kehadiran ratusan warga pendidik dari seluruh daerah di Negeri Terengganu bagi menyaksikan penerima anugerah Kecemerlangan UPSR dan PMR Tahun 2011.

SKKBTD telah diberi anugerah bagi Kategori Sekolah Enrolmen calon Kurang daripada 100 -Peratus Semua A Terbaik iaitu dengan jumlah sebanyak 66.67%.

Tuan Guru Besar,En.Mohd Sukeri,GPK Pentadbiran,En.Mohd Hazudin dan Penyelaras UPSR,Pn.Noreiza telah naik ke pentas bagi menerima anugerah tersebut.. Ini merupakan kali kedua berturut-turut SKKBTD menerima anugerah bagi Kecemerlangan UPSR. Tahniah untuk semua warga SKKBTD!

Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas 2012



Majlis disempurakan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah,Koperal Razi (Balai Polis Jerteh)