24 February 2012

Peristiwa Dalam Seminggu

Ahad-19 Feb.2012
Majlis Pelancaran Program Nur Ilmu dan NILAM-disempurnakan oleh Tuan Guru Besar

Isnin-20 Feb 2012
Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Ko Akademik Zon Jabi.SKKBTP selaku Pengerusi bagi aktiviti Ko Akademik Zon Jabi.

Selasa-21 Feb.2012
Taklimat bersama warga SKKBTD bagi melaksanakan Program Pemuafakatan Bersama Ibu Bapa Murid Tahun 6 dan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Zon Jabi

Rabu-22 Feb. 2012

Majlis Pemuafakatan Bersama Ibu Bapa Murid Tahun 6


Khamis-23 Feb.2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Zon Jabi


2. Lawatan Pemantauan SKK oleh Pn.Hjh Norlaila(PPD Besut)



3. Perlawanan pertama Kejohanan Bola Sepak Zon Jabi antara SKKBTD dan SK Jabi
4. Majlis Sembahyang Hajat Letak  Kerja UPSR 2012 di Masjid Kg.Bharu Tok Dor

15 February 2012

MAJLIS PELANCARAN LETAK KERJA MELESTARIKAN KECEMERLANGAN UPSR 2012 DAN PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN UPSR BESUT 2011





Tempat         : Demong Beach Resort,Bukit Keluang, Besut,Terengganu
Tarikh           : 16 Februari 2012 (Khamis)
Masa            : 10 Pagi
Anjuran        :  Pejabat Pelajaran Daerah Besut & UMNO Bahagian Besut
Anugerah Yang Diterima   :
                     1.  Terbaik UPSR Berdasarkan GPS (Pasukan UPSR 2011 Terbaik)
                     2. Peningkatan Dalam 5A (2009-2011)
                     3. % A Terbaik Mata Pelajaran (Guru Terbaik) -Matematik, BM Pemahaman, BM Penulisan dan Bahasa Inggeris

14 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Suasana Sambutan Maulidur Rasul SKKBTD

 Selasa , 14 Februari- Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di peringkat sekolah pada pagi ini. Perarakan yang bermula dari medan perhimpunan sekolah hingga ke Masjid Kampung Bharu Tok Dor turut disertai AJK Masjid dan beberapa orag penduduk setempat.
     Ustaz Wan Mohd Hasbi Wan Jusoh dari JPNT telah dijemput sebagai penceramah undangan. Majlis telah berakhir pada jam 1.00 tengahari.

08 February 2012

Anugerah Apresiasi Kecemerlangan UPSR 2011 Oleh Menteri Besar Terengganu



Rabu,8 Februari-Dalam usaha menghargai dan mengiktiraf pendidikan Negeri Terengganu, Anugerah Apresiasi Menteri Besar Terengganu telah diadakan pada hari ini di Wisma Darul Iman. Kehadiran ratusan warga pendidik dari seluruh daerah di Negeri Terengganu bagi menyaksikan penerima anugerah Kecemerlangan UPSR dan PMR Tahun 2011.

SKKBTD telah diberi anugerah bagi Kategori Sekolah Enrolmen calon Kurang daripada 100 -Peratus Semua A Terbaik iaitu dengan jumlah sebanyak 66.67%.

Tuan Guru Besar,En.Mohd Sukeri,GPK Pentadbiran,En.Mohd Hazudin dan Penyelaras UPSR,Pn.Noreiza telah naik ke pentas bagi menerima anugerah tersebut.. Ini merupakan kali kedua berturut-turut SKKBTD menerima anugerah bagi Kecemerlangan UPSR. Tahniah untuk semua warga SKKBTD!

Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas 2012



Majlis disempurakan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah,Koperal Razi (Balai Polis Jerteh)