19 April 2014

02 April 2014

Majlis bacaan Yassin

Mulai April, SKKBTD mengadakan majlis  bacaan yassin pada setip hari khamis jam 7.30pagi

26 February 2014

How to score A?

Pada 26 feb 2014 bertempat di SK Jabi jam 2.30ptg, satu majlis Pintar score A UPSR peringkat zon Jabi telah diadakan melubatkan murid2 target dari 13 buah sekolah zon jabi.

19 February 2014

Majlis watikah pengawas

Penyerahan watikah perlantikan pengawas sekolah, pengawas pusat suber serta ketua dan penolong kelas.
16 feb 2014
8.00 pagi
Tapak perhimpunan skkgbtd

06 February 2014

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2014 SIRI 1

Khamis,6 Feb 2014, Satu program yang dinamakan Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa Bersama Guru-guru UPSR SK Kg Bharu Tok Dor telah dilaksanakan pada hari ini.Program ini diadakan bagi memberi input kepada ibu bapa murid-murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada tahun ini.

Pada program ini juga,mereka diedarkan keputusan ujian BK 1 yang telah dijalankan baru-baru ini.Diharapkan dengan keputusan yang mereka perolehi akan menyedarkan ibu bapa yang hadir bagi menyuntik semangat ingin berjaya kepada  anak-anak mereka.Sesungguhnya keputusan yang diperolehi pada hari ini bukanlah menggambarkan keputusan sebenar yang akan mereka dapat kelak,bahkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid agar belajar dengan lebih tekun lagi bagi mencapai keputusan yang cemerlang.

Turut hadir pada program yang dijalankan ini ialah En.Suhaimi Mohamad (PPD Besut) yang juga merupakan Pegawai Perhubungan bagi SKKBTB.Syabas dan Selamat Maju Jaya!


 

30 January 2014

Larian Kecergasan 2014

Larian Cergas 2014,Khamis 30 Jan 2014.
Larian Cergas yang berlangsung pada hari ini merupakan aktiviti kokurikulum yang pertama dijalankan pada tahun ini.Penyertaan adalah terdiri dari murid Prasekolah hinggalah ke Tahun Enam.





Sebelum acara dimulakan,murid-murid beramai-ramai mengikuti aktiviti Senamrobik sebagai memanaskan badan.

23 January 2014

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 1435H

20 Januari 2014 (Ahad)-Sangat hebat dan meriah rasanya pada tahun ini dengan kehadiran ramai ibu bapa bagi bersama-sama menyertai perarakan dan mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Hamzah,pegawai dari Yayasan Islam Terengganu.