08 February 2012

Anugerah Apresiasi Kecemerlangan UPSR 2011 Oleh Menteri Besar Terengganu



Rabu,8 Februari-Dalam usaha menghargai dan mengiktiraf pendidikan Negeri Terengganu, Anugerah Apresiasi Menteri Besar Terengganu telah diadakan pada hari ini di Wisma Darul Iman. Kehadiran ratusan warga pendidik dari seluruh daerah di Negeri Terengganu bagi menyaksikan penerima anugerah Kecemerlangan UPSR dan PMR Tahun 2011.

SKKBTD telah diberi anugerah bagi Kategori Sekolah Enrolmen calon Kurang daripada 100 -Peratus Semua A Terbaik iaitu dengan jumlah sebanyak 66.67%.

Tuan Guru Besar,En.Mohd Sukeri,GPK Pentadbiran,En.Mohd Hazudin dan Penyelaras UPSR,Pn.Noreiza telah naik ke pentas bagi menerima anugerah tersebut.. Ini merupakan kali kedua berturut-turut SKKBTD menerima anugerah bagi Kecemerlangan UPSR. Tahniah untuk semua warga SKKBTD!

No comments:

Post a Comment