16 January 2013
23 June 2012
Jasamu dikenang...
Cikgu Mohd Hazudin Awang,GPK Pentadbiran SKKBTD akan meninggalkan SK Kg Bharu Tok Dor dan akan memulakan tugas di sekolah baru beliau iaitu SK Tok Dor bermula 1 Julai 2012.Beliau mula berkhidmat di SKKBTD sebagai GPK Pentadbiran pada 1Jan 2010 setelah bertukar dari SK Kuala Kubang.
Beliau juga berpengalaman bagai guru UPSR bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bermula dari SK Kuala Kubang dan berjaya menaikkan nama sekolah dengan beberapa pencapaian terbaik dalam mata pelajaran berkenaan. Semoga beliau dapat meneruskan khidmat yang lebih cemerlang lagi di sekolah baru.Tahniah! Semoga sentiasa sukses.
Perkhemahan Unit Beruniform SKKBTD 2012
23 Jun,Sabtu - Unit Kokurikulum
SK Kg Bharu Tok Dor sekali lagi berjaya mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform
tahun 2012. Perkhemahan yang disertai murid seramai 54 orang iaitu dari Pertubuhan Pengakap
dan Puteri Islam mendapat sambutan dari murid .
Penyertaan yang dibuka
kepada murid Tahap 2 bukan sahaja mendapat kerjasama dari guru-guru dan
kakitangan sekolah bahkan juga ibu bapa murid. Perkhemahan yang diadakan dua tahun
sekali ini telah diadakan di padang sekolah dengan objektif mencugkil bakat kepimpipinan dan kerjasama murid
melalui aktiviti yang diadakan seperti mendirikan khemah,pertolongan cemas,
apresiasi seni,memasak serta kawad kaki.
Majlis penutup
perkhemahan selama 3 hari iaitu bermula 21 Jun hingga 23 Jun telah
disempurnakan oleh En.Mohd Hazudin Awang ,GPK Pentadbiran SKKBTD. Unit
Kokurikulum SKKBTD mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada
guru-guru,kakitangan dan semua pihak yang terlibat siang dan malam bagi
menjayakan perkhemahan ini.
22 April 2012
Kejohanan ragbi MSSDB 2012
Zon Jabi sekali lagi menjadi Johan dalam Kejohanan Ragbi MSSD Besut yang diadakan di SK Kg Bharu Tok Dor.Wakil Zon Jabi terdiri dari murid SK Kg Bharu Tok Dor,SK Kerandang,SK Bukit Jerok dan SK Felda Selasih.
21 April 2012
Bukit Bintang Eco Challenge 2012
16 April 2012
Kejohanan Ragbi Zon Jabi 2012
| Johan Ragbi Zon Jabi 2012,SKKBTD bersama jurulatih,Cg.Anuar dan Cg.Shamsul Bahari |
16 April-SKKBTD terus unggul dalam ragbi.Ini terbukti melalui Kejohanan Peringkat Zon Jabi,Besut yang diadakan pada hari ini,SKKBTD sekali lagi telah menjadi Johan. Tahniah kepada Cikgu Shamsul Bahari dan Cikgu Anuar yang telah bertungkus lumus melatih pasukan ragbi sekolah hingga berjaya.Kemungkinan juga beberapa orang murid akan terpilih ke peringkat negeri nanti.Diharapkan Zon Jabi akan menjadi Johan di Peringkat Daerah yang akan tidak lama lagi.
30 March 2012
Peristiwa Sepanjang Bulan Mac
![]() | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 1 Mac-Kejohanan Sepaktakraw Zon Jabi di SK Anak Ikan |
![]() | |||
| 19-22 Mac,Kejohanan Padang dan Balapan MSSDB di SMK Nasiruddin Shah, (Keputusan 1 Emas (Lompat Tinggi, P 12)-Nur Amalina bt Ayub, Th 6) |
![]() |
| 26-27 Mac-Kejohanan Bola Baling Zon Jabi bertempat di SK Kerandang |
![]() | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Keputusan- Lelaki (JOHAN)-PerlawananAkhir bertemu dengan SK Bukit Jerok (8-5) |
Majlis Kesyukuran dan Mesyuarat Agung PIBG SKKBTD kali Ke-32,2012
Perasmian Oleh :YB.Tn.Hj Ramlan Bin Ali ,ADUN Jabi
| 29 Mac-Majlis Kesyukuran dan Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-32 |
| YB Tn.Hj.Ramlan Ali ADUN Jabi |
| Turut hadir,En.Suhaimi (wakil PPD Besut,berbaju biru muda) dan En.Mustafa (Yayasan Terengganu) |
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Kenangan Silam.... Darjah 5 & 6 (1970) Guru-guru pada tahun 1971 Guru-guru pada tahun 1970 darjah 6 bersama guru kela...
-
Pada 26 feb 2014 bertempat di SK Jabi jam 2.30ptg, satu majlis Pintar score A UPSR peringkat zon Jabi telah diadakan melubatkan murid2 targe...






