05 July 2011

Majlis Sambutan Israk Mikraj

Majlis Sambutan Israk Mikraj telah diadakan pada 29 Jun bersamaan 27 Rejab 1432H. Antara pengisianya ialah Ceramah dan Solat berjemaah. Ustaz Hamzah dari Yayasan Islam Terengganu sudi hadir untuk meyampaikan ceramah mengenai peristiwa Israk Mikraj.Turut hadir di majlis tersebut adalah Imam Masjid Kampung Bharu Tok Dor beserta beberapa orang Ajk masjid di samping guru-guru SKKBTD.
Majlis yang  diadakan di Masjid  Kg Bharu Tok Dor itu diakhiri dengan solat zohor berjemaah.


Ustaz Hamzah sedang menyampain ceramah


14 April 2011

Pertandingan Bola Baling Zon Jabi


14 April 2011, SKKBTD sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah Pertandingan Bola Baling Sekolah-Sekolah Zon Jabi Tahun 2011.Pada tahun ini sebanyak 24 pasukan yang terdiri dari 12 buah sekolah telah bertanding.

Kemeriahan pertandingan yang diadakan selama 2 hari ini amat terasa,apatah lagi perlawanan berlanjutan hingga ke waktu senja. Masing-masing menanti dengan penuh debaran,terutamanya pengurus pasukan dan juga jurulatih.

Keputusan pertandingan bagi Kategori Lelaki,dimenangi oleh SK Kuala Kubang sementara  Johan Kategori Perempuan pula dimenangi oleh SK Kerandang.Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan pertandingan pada kali ini terutamanya para pengadil yang bertungkus lumus memastikan pertandingan ini berjalan dengan lancar.

JOHAN-SK KUALA KUBANG




JOHAN-SK KERANDANG



10 April 2011

Karnival Bahasa Melayu Sekolah-Sekolah Zon Jabi

Peserta Pidato dari SK Kg Bharu Tok Dor

3 April - SKKBTD kali ini telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Karnival Bahasa Melayu Peringkat Sekolah-Sekolah Zon Jabi. Tiga acara telah dipertandingkan iaitu Bercerita Tahap 1 dan Tahap 2 serta Pidato.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En.Abd Razak Rashid,Pengerusi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Zon Jabi. 
Pengerusi Zon Jabi merangkap Guru Besar SK Bukit Jerok,En.Abd Razak sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang

PERTANDINGAN BOLA SEPAK ZON JABI 2011

Permainan diteruskan dalam suasana hujan lebat dan padang ditakungi air

31 Mac- Pertandingan bola sepak Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Zon Jabi kembali lagi.SK Kg Bharu Tok Dor juga mencuba nasib dalam pertandingan kali ini. Walaubagaimapun nasib tidak menyebelahi sekolah kami.Pasukan SKKBTD hanya mampu mengharungi perlawanan suku akhir sahaja setelah menang sekali dan kalah sekali pada peringkat kumpulan.Namun pujian patut juga diberikan kepada pemain-pemain kerana bertungkus lumus bertarung dalam hujan lebat .Cuba lagi tahun hadapan.

10 March 2011

Lawatan Penanda Aras PPD Dungun & Majlis Guru Besar Daerah Dungun



9 Mac, Satu rombongan yang terdiri dari 45 orang Guru Besar serta wakil  dari Daerah Dungun dan 3 orang Pegawai Pelajaran Daerah Dungun telah mengadakan lawatan ke SK Kg Bharu Tok Dor.
     Rombongan tersebut yang tiba jam 11.30 pagi telah disambut oleh Tuan Guru Besar,En.Mohd Sukeri Abdullah  serta semua warga SKKBTD.
   Dalam ucapan alu-aluannya, Tuan Guru Besar melahirkan rasa terima kasih kerana kesudian guru-guru besar dan PPD Dungun hadir kesekolah yang serba kekurangan ini.Hasil perkongsian maklumat diharap dapat manfaat yang berguna kepada semua ahli ombongan.Terima kasih,semua!
Guru Besar SK Kg Bharu Tok Dor sedang menyampaikan ucapan alu-aluan.
Pegawai Pelajaran Daerah Dungun sedang memberi ucapan.
 

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H

3 Mac, Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Kampung Bharu Tok Dor. Selain perarakan, acara lain yang diadakan ialah pertandingan mewarna, azan, melukis poster serta ceramah yag disampaikan oleh Pegawai Yayasan Islam Terengganu.
     Walaupun acara diadakan secara sederhaha tetapi pengisiannya diharapkan dapat memberi kesedaran kepada murid mengenai perjuangan Rasulullah s.a.w.
Murid-murid berkumpul sebelum memulakan perarakan
Antara guru-guru yang mengambil bahagian dalam Sambutan Maulidur Rasul