23 June 2012

Jasamu dikenang...



Cikgu Mohd Hazudin Awang,GPK Pentadbiran SKKBTD akan meninggalkan SK Kg Bharu Tok Dor dan akan memulakan tugas di sekolah baru beliau iaitu SK Tok Dor bermula 1 Julai 2012.Beliau mula berkhidmat di SKKBTD sebagai GPK Pentadbiran pada 1Jan 2010 setelah bertukar dari SK Kuala Kubang.

Beliau juga berpengalaman bagai guru UPSR bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bermula dari SK Kuala Kubang dan berjaya menaikkan nama sekolah dengan beberapa pencapaian terbaik dalam mata pelajaran berkenaan. Semoga beliau dapat meneruskan khidmat yang lebih cemerlang lagi di sekolah baru.Tahniah! Semoga sentiasa sukses.

Perkhemahan Unit Beruniform SKKBTD 2012




23 Jun,Sabtu - Unit Kokurikulum SK Kg Bharu Tok Dor sekali lagi berjaya mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform tahun 2012. Perkhemahan yang disertai  murid seramai 54 orang iaitu dari Pertubuhan Pengakap dan Puteri Islam mendapat sambutan dari murid .

Penyertaan yang dibuka kepada murid Tahap 2 bukan sahaja mendapat kerjasama dari guru-guru dan kakitangan sekolah bahkan juga ibu bapa murid. Perkhemahan yang diadakan dua tahun sekali ini telah diadakan di padang sekolah dengan objektif mencugkil bakat kepimpipinan dan kerjasama murid melalui aktiviti yang diadakan seperti mendirikan khemah,pertolongan cemas, apresiasi seni,memasak serta kawad kaki.

Majlis penutup perkhemahan selama 3 hari iaitu bermula 21 Jun hingga 23 Jun telah disempurnakan oleh En.Mohd Hazudin Awang ,GPK Pentadbiran SKKBTD. Unit Kokurikulum SKKBTD mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru,kakitangan dan semua pihak yang terlibat siang dan malam bagi menjayakan perkhemahan ini.