24 February 2011

KENDURI KESYUKURAN DAN MESYUARAT AGUNG PIBG SKKBT KALI KE 31

Khamis,24 Feb- Pada hari ni diadakan Majlis Kesyukuran bagi kecemerlangan UPSR2010 dan Mesyuarat Agung PIBG SKKBTD kali ke-31. YB Tn.Hj Ramlan ,ADUN Jabi telah sudi merasmikan majlis tersebut. Turut hadir sama ialah beberapa orang Pegawai Yayasan Terengganu serta wakil Pegawai Pelajaran Daerah Besut.

Majlis diserikan dengan pertunjukan silat yang diketuai oleh En.Bedul dari Kampung Pengkalan Kubur,Tembila. Majlis juga tidak akan meriah tanpa Cabutan Bertuah.Oleh itu sebanyak 52 hadiah disediakan untuk cabutan sempena mesyuarat tersebut.

Sambutan dari ibubapa pada tahun ini amatlah menggalakkan dimana dianggarkan lebih dari 150 orang telah hadir.



                             *****************************************************

17 February 2011

Majlis Temu Murni dan Penyerahan Anak Angkat



17 Feb,Khamis- Majlis Temu Murni Ibu bapa murid Tahun 6 SKKBTD telah diadakan di Bilik Gerakan pada hari ini. Majlis itu juga merupakan majlis "letak kerja" bagi program UPSR 2011.Sambutan dari ibubapa amatlah menggalakkan. Ramai ibubapa yang hadir walaupun terpaksa meninggalkan kerja masing-masing demi bersama-sama memastikan kejayaan anak-anak mereka. Kemuncak majlis tersebut, diadakan penyerahan anak angkat kepada ibubapa angkat masing-masing yang terdiri dari semua guru SKKBTD termasuk guru besar.

13 February 2011

Pelancaran Nur Ilmu dan NILAM


Ahad,13 Februari- SKKBTD telah melancarkan secara serentak Program Nur Ilmu dan projek NILAM bagi Tahun 2011.Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar,En.Mohd Sukeri Abdullah.

Antara lain,program tersebut diadakan bagi menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan disamping menghargai dan menghayati nilai-nilai murni yang terdapat dalam teks.

Adalah diharapkan,program seumpama ini dapat melahirkan murid yang cemerlang dalam akademik dan juga ko-akademik.

"Sesungguhnya ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"....Abdullah Ibnu Abbas

11 February 2011

Larian Cergas SKKBTD 2011

1 Feb.2011-SK Kg Bharu Tok Dor telah mengadakan aktiviti Larian Cergas yang disertai oleh murid-murid dari kelas Prasekolah hingga murid Tahun 6. Sebanyak 70 hadiah disediakan kepada murid yang dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu A (murid tahaun 5 & 6), B (Th 3 & 4), C (th 1 & 2) serta murid Prasekolah.




Sebelum larian dimulakan,murid-murid terlebih dahulu mengikuti aktiviti senamrobik yang dipimpin oleh Ckgu Normi.Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar,En.Mohd Sukeri Abdullah.